Saturday, November 3, 2007

Kahwin@Nikah@Rumahtangga

Kahwin
Seringkali, bahkan setiap hari perkataan ni Muncul dlm kehidupan ini. Namun, tiada banyak Manusia yang betul2 memahaminya..
Kahwin, perkongsian hidup antara lelaki dan Wanita.. Aku sebenarnya tak suke tulis blog2 ni.. tapi takde sape nak bercerita.. duk sorang2 ni.. sunyilaa, adik duk jauh2.. Sorang dah dapat Anak lelaki.. Ahmad Naqib.. Nama Anak sedara ku..

Kahwin
Kahwin sering dijadikan alasan utk mengelak berlaku gejala Nafsu. Padahal byk lagi cara kalo setakat nak elak masalah Nafsu ni.. Kalo betul2 nak elak.. Buat ape couple2, pakwe-makwe, semua alasan dibuat agar nafsu dpt meloloskan diri..
LELAKI
Wahai lelaki.. Jika betul kamu ingin Berkahwin, fahamilah diri sendiri, Kenapa perlu berkahwin? Cukupkah ilmu utk berkahwin? Berfikirlah dgn Matang.. Jgn kerana nafsu, kamu berkahwin. Kenapa nak berkahwin bila kije tiada? kenapa nak berkahwin, bila perhubungan tdk Direstui? Kenapa nak berkahwin Bila kamu masih bergantung kepada ibubapa? kenapa nak berkahwin Bila orang Lain semua berkahwin? LELAKI.. kamu ketua keluarga. lelaki!!.. kamu Tonggak keluarga.. Perkahwinan bukan memutuskan hubungan keluarga, kahwin membina keluarga dan memeriahkan keluarga.. kahwin menyambung silaturrahinm antara dua keluarga!! Bagaimanakah silaturrahin dapat disambung sekiranya tiada direstui!!

WANITA
Wahai Wanita!!.. Kebanyakan bukan silapmu.. namun kenapa kamu harus mengingkari Ibubapa kerana ikutkan kekasih hati, Wanita!! janganlah kamu ikutkan Hati. Usah diikut darah Muda yang menguasai diri.. tundukkanlah pandangan.. Wanita!! bagaimana kamu percaya pada lelaki? bagaimana kamu mengenali Lelaki? Sejatikah Lelaki bila dia membelakangi keluargamu dan keluarga Dia? Apakah jaminan kamu akan bahagia Jika dia tiada menghormati keputusan Ibubapanya??

Aku nak bercerita pasal Kahwin
Tadi Petang, mak cik aku mengadu, anak dia nak kahwin dgn pakwe dia, sbb pakwe dia ajak kahwin.. Pakwe die tak kije lagi, mak bapak plak macam tak setuju. Tapi nak kahwin gak.. Ahhhhh.. berat jugak masalah dia orang nii.. mak bapak bukan senang, bukan orang kaya, tau2 nak kahwen jek.. mak Dia plak.. aku duk bujang ni.. sibuk je nak cari Jodoh utk aku.. Aku plak bukan tak nak kahwin.. Aku nak kahwin, aku sunyi, lonely.. tapi takdelah sampai nak bahagiakan diri aku, Dengan aku tak mempedulikan bagaimana orang lain nak Bahagia, ah.. mana sanggup aku bertindak mcm tuu..!! Nak kahwin, bukan setakat prepare utk nafsu je.. banyak lagi, kena pikir pasal keluarga, anak, adik2 dan perlu berilmu!! Kalau setakat Nafsu, semua mampu.. Tapi tahan lama ke kahwin?? Cinta konon!! Cinta pada ALLAH, letak mana??
Susah2.. deal ngn orang tua ni..
Berbalik cerita.. sepupu aku.. Nak ku nasihat.. perempuan ni.. degil skit! Namun, kalo betul balak dia nak kahwin.. patutnya bincang empat mata dgn keluarga.. dan masa tuhlaa timbang tara sepatutnya.. mungkin tak elok.. tapi ade alasannya..
Fikirlah elok2.. dan sebagai Ibu bapa, fikirlah elok2.. jgn kerana sayangkan anak, trurtkan sahaja kemahuan anak!! adui.. peninglaa manusia nii..
macam2 ada!!

1 comment:

denaihati said...

tuan saya sukakan komen tuan di Aduka Taruna tentang topik tolak Nasha Tolak Hadi...minta kebenaran posting komen itu di blog saya http://1-malaysia.blogspot.com